Wednesday, November 12, 2008

Pengisian Masa Lapang. Penentu Masa Depan. (boley tahan gak tajuk neh. heh)

Tik tok tik tok tik tok~
Hey!! Selamat siang dunia!! Lame giler tak mengisi masa lapang lah dekat
sini. Selalu saje aku menyibukkan diri aku dengan berbagai perkara. Namun hari hari aku kat sini tetap berjalan seperti biasa. Dan macam ni jugak lah kot akan berterusan sampai 5 tahun akan datang. Keranamu Malaysia! hahaha!!
Hari ni aku bangun pagi dengan harapa
n sebagai latihan untuk bangun lebih awal pada esok hari supaya dapat menghadiri kelas tepat pada waktunya! (kesan kurang tidur menyebabkan aku kadang2 'terlepas' kelas dan juga 'tersalah' stesen ketika turun tramvai.. haha!) Usha blog ~LAH.. eh ade benda best lah. So aku pun nak try. Syarat2nye:

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.

4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this




huurrmm.. ok jugak kan? haha! walaupun syarat2 tak menetapkan kene letak butir2 gambar aku tetap gak nak letak.
latar masa: baru je masuk maghrib
latar tempat: bilik no 1213
latar belakang: pakaian bergantungan. hehe!

10 orang untuk di 'tag' bagi turut melakukan penggambaran sebegini? Lu pikir lah sendiri! (lame tak tengok astro ria.. hoho!)


Ok lah, setakat ni je dulu kot coretan untuk kali ini! Bye!
Selamat cuti sekolah kepada adik2 comel!! ;)

p/s: Cuaca tak menentu sejak kebelakangan ini.

Thursday, October 16, 2008

Penulisan dan Pembacaan

Salam sejahtera keatas korang semua! Semoga kau orang diberikan kesihatan dan kekuatan dalam menempuh kehidupan di alam yang fana' ini. Oh, dah lama tidak mengisi masa lapang dengan menulis blog. Nah, jom memperkasakan english kita dengan membaca penulisan kreatif ini (memperkasa tidak membawa maksud mengagungkan!).


Take Time to THINK
It is the source of power

Take time to PLAY
It is the secret of perpetual youth
Take time to READ
It is the fountain of wisdom
Take time to PRAY
It is the greatest power on earth
Take time to LOVE & BE L
OVED
It is the God-given privilege
Take time to BE FRIENDLY
It is the road to happiness
Take time to LAUGH
It is the music of the soul
Take time to GIVE

It is too short a day to be selfish
Take time to WORK
It is the prince of success
Take time to DO CHARITY
It is the key to heaven

"every seconds counts!"

terpampang dalam satu post hasil nukilan Umar Zakir:
"Learning English is FUN" (betul ke?? haha!)

Ok dah. Bye!!


Friday, October 3, 2008

Persahabatan

-Dia dilahirkan 7.56 Pagi 3.Oktober 1990 di Klinik Wanita Mentakab oleh ibunya.
-Dia mendapat didikan oleh ibu bapanya yang tersayang.
-Oleh kerana dia lahir di Malaysia , jadi , hari jadi dia juga mengikut waktu Malaysia. Tapi aku tetap wish waktu madagascar.
-Azam hari jadi ? - 'No Need' katanya.- Hanya menyambung hidup seperti biasa dengan sedikit booster.
-Sekarang , dia sudah berumur 18 tahun. Simbol keremajaan sejati!!

Happy Birthday dude!




Wednesday, October 1, 2008

1 Syawal 1429H

Semalam tidur tak lena sangatlah. Mungkin sebab excited nak raya kot. Takpelah. Bangun je lah. Dah pukul 6. Oh cuaca dingin2 manja sahaja. Kadangkala angin2 sepoi2 bahasa membawa salju kutub utara singgah di kulitku membuatku tergigil gigil. Hurm.. Pakai baju melayu dalam metro? Ah, sebat sajelah!

Perasaan? biase saje! sebab Malaysia tak raye lagi, oleh itu aku tak dapat nak bersedeh lagi!
Hurm. Sempat jugak sembahyang sunat Aidilfitri kat embassy. Tapi aku rase lain sikitlah. Lepas solat raya, aku termangu2. Ape yang aku harus lakukan nak gantikan kerja2 kunjung mengunjung ke rumah jiran menghabiskan sate da
n rendang? Oh! Mari bergambar! Sangatlah gembira bergambar secara beramai2~



Hurm.. dah habis dah kot aktiviti raya! Oh! Malam tadi! Ade jamuan makan2! Masakan gotong royong kami2 semua! sangatlah banyak (nasi impit, kuah kacang, sambal telur, lodeh, rendang ayam& daging, kek2 dan kuih2, lagu2 raya sentimental)!! Ok! tu je kot tentang my first time!
Tapi sebelum terlupa, aku nak amek kesempatan ni nak wish kat
FIRDAUS CHO-HAPPY BIRTHDAY!!. Ok bye!

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!"




Monday, September 29, 2008

'Salam Penuh Kerinduan dari kejauhan'



Ingatan tulus ikhlas dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang utama sekali khas buat keluargaku yang seperti biasa akan menyambut perayaan ini di Pekan, Pahang (semoga dapat raya di sana pada tahun2 akan datang! aha!) ayahand
a dan bonda yang sentiasa dirindui, abang2 ku yang sentiasa diingati, kakak iparku, bakal kakak iparku, dan paling tidak dilupa kepada cucu kepada kedua orang tuaku, Nur Fatihah. Juga kepada Atok ku yang sempoi, Tok Ayah ku yang sentiasa memberikan semangat kepada aku. Mohon ampun maaf zahir dan batin, dalaman dan luaran. Aku disini sentiasa merindui dan menyayangi kalian semua disana. (emo lah!)

Ucapan Salam Aidilfitri juga untuk uncle2 dan aunty2 saye yang sangat memberi sokongan kepada saya, Ayah Chu, Ayah Yi, Pak Ngah dan yang lain2. Makan lemang dan rendang tu ingat2lah pada diriku yang jauh ini~ (maaf, ayat tipikal! hahaha).

Seterusnya ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk rakan dan sahabat2 yang jauh dan yang dekat. Tapi aku nak senaraikan sedikit nama2 yan
g tersemat dalam ingatan ku ini. Buat yang paling jauh sekali, sahabat aku, umar zakir, fakhrullah, azam, irfan,firdaus, syafiq, fahmi, syahmi, alfy, arif hong, iman, said, lie, azhar, zaim, muadz, squad sinar Moscow (jewo, haris), adam, hakim, arsyafiq,dinie ,amar, aizat, beggy, kerol, the peter's (saudara jimmy al hafiz, saudara pinkg, sharin), gadis2 RP3 (eypa, see-t, fynaz, asnyra, jan, assila, aliya, nellylulu, iklil), rakan2 senior yang sentiasa menghiburkan. Paling utama untuk rakan2 seperjuangan yang mengenali saye di MRSM Kuantan, dan SM. Pandan Jaya. Selamat beraya sahabat2!

Tidak dilupakan juga ucapan salam aidilfitri ini ditujukan kepada guru2 yang banyak berjasa mendidik dan mengajar saya. Terima kasih cikgu! Alhamdulillah. Dapat juga merasa beraya di embassy. Ahaks! Sekian saja dulu kot ucapan. Kepada yang tak tersenarai tu aku minta maaf sangat2. Tapi janganla marah2 aku kerana korang tetap dalam kotak minda aku. Mungkin aku terlupa sedikit kot. Mohon maaf zahiriah dan batiniyah!








Selamat Tinggal Ramadhan

Hari ini genap 29 hari aku berpuasa bersamaan dengan hari terakhir aku berpuasa yang membawa maksud esok aku dan semua warga Malaysia yang merantau di bumi moscow ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Perasaan? Hurrmm.. Biase saje. Emo2 sikit tu biase lah~



Selamat tinggal Ramadhan, semoga kita berjumpa lagi tahun depan!


*ucapan khas aidilfitri dalam post berikutnya*


Tuesday, September 23, 2008

Berat


Oh! hari selasa!
langkah terasa BERAT
mata terasa BERAT

tanggungjawab semakin BERAT
tugasan semakin BERAT

oh! nasib baik berat badan TAK semakin BERA
T.. hahaha!!



"Kejayaan takkan datang dengan mudah!!"

Monday, September 22, 2008

hey!




Dah nak raye lah!!





Friday, September 19, 2008

SEPULUH

"Selamat datang ke fasa terakhir bulan Ramadhan", kata saudara Chan Mali Chan yang akan menyambut ulangtahun kelahirannya pada bermulanya countdown 10 hari sebelum menjelangnya bulan Syawal. Happy Birthday ChanMaliChan!


Tapi aku merenung seketika. Apakah maksud di sebalik frasa fasa terakhir bulan Ramadhan itu??

`kemuncak bulan Ramadhan'


“Barang siapa yang berada pada waktu Isyak pada malam al-

Qadar maka orang itu sudah mendapat habuan daripada kelebihan malam al-Qadar.”


“Allah turun ke langit dunia saat sepertiga malam terakhir, Allah menyeru: Adakah antara hamba-Ku yang meminta kepada-Ku supaya Aku memberinya? Adakah antara hamba-Ku yang meminta ampunan-Ku supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hamba-Ku yang berdoa supaya Aku memakbulkannya?” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Oh! jangan lah salah anggapan. Bukan lah nak bajet baik atau apa. Tapi sempena Ramadhan ni aku rase eloklah aku selit2 kan sedikit perkara2 keagamaan ini dengan harapan dapatlah kita sama2 berkongsi tentang hikmah dan kelebihan yang ada dalam Ramadhan yang mulia ini.




"PERJALANAN MASIH JAUH"



p/s: Al de pacino tak henti2 bertanya: 'bilakah akan datang ramadhan lagi'?

Tuesday, September 16, 2008

Pertengahan Ramadhan

Oh alangkah bagusnye! Masa begitu pantas berlalu! Sedar tak sedar dah hari ke 16 kitew semua berpuasa! Alhamdulillah! Cepat sikit cuti! Aha! Begitu banyak dugaan dan halangan yang dihadapi di saat berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini.

Kepada Nooroy De Roba , nak tau kisah kehidupan berpuasa disini? Oh, tak perlu kot! aha! sebab biase saje lah berpuasa disini. Mungkin juga kerana komuniti kami yang masih kurang lagi.
Satu je kot yang best. Berbuka di embassy! Oh, begitu sedap lah makanan2 yang dihidangkan disitu. Alhamdulillah. Dapat aku minum air sirap citarasa Malaysia yang dah lame aku idam idam kan. Best!

Oh tidak lah pula ada gambar2 ku yang terbaru untuk dikongsikan disini. Gambar untuk Salam Perantau yang entah bila nak di tayangkan di dada dada akhbar utama pun tak seberapa, apatah lagi gambar semasa menyambut ramadhan. aha!

Tapi untuk pengetahuan semua walaupun komuniti kitorang masih sedikit, namun aktiviti2 malam ramadhan tetap meriah. Solat Terawih berjemaah dan Jamuan Moreh semestinya ada dilakukan disini!

Oh tak boleh lame2 lah. Tangan dah macam kebas. Subhanallah! Sejuk rupanya Russia neh! uh~

Salam Ramadhan!
(14 hari lagi)