Saturday, August 30, 2008

Perpaduan Teras Kejayaan

Salam Mesra, Salam Muhibbah, Salam Perpaduan!!

31.08.2008! Oh hari ni kalau aku kat rumah mesti tengah tengok konsert petronas KLCC kat astro ria.. Tapi kat sini aku tak dapat melakukan apa yang aku biasa lakukan setiap tahun menjelang malam merdeka. Oh tak la best sngat kot.

Ape yang aku buat sepanjang hari ni adalah top up internet (mende yang membuatkan aku terus dapat berblogging), membeli barang2 dapur (penting jugak! puase da nak dekat!, sekola pun da nak start!!). Ketika sedang leka mencari2 sos tiram di bahagian sos, aku disapa oleh seorang warganegara Malaysia tadi! Oh terujanyaaa!! Serba sedikit tentang beliau: sudah 4 tahun kat sini, salah seorang ahli dalam penyelidikan sukhoi yang Malaysia beli, baru je balik dari melancong dan terus singgah kat kedai tu, dah kawin dan ade seorang anak, turut akan beraya di sini juga dan satu kata2 dia yang menaikkan semangat aku, azam dan umar bila mendengarnya ialah :

"Kitorang da nak balik dah.Korang la pulak yang akan sambung!"

Terima kasih aunty! Walaupun kata2 tu mungkin agak sempoi bagi orang lain. Tapi bagi aku ianya memberi satu impak yang agak mendalam dalam lubuk jiwa sanubari aku! Oh! Doakan kejayaan kami semua!!! Salam 51!


P/S-Hari ni jalan raya di Moscow teramat lah sesak gile! adoiyai!









Thursday, August 28, 2008

Why Do Malaysian Loves Roti Canai?

Mula2.. mari kita lupakan dahulu tentang tajuk diatas neh.. bagi aku ianya nampak seperti tajuk post untuk seorang penulis blog berkaliber.. tapi aku bukan lah penulis blog seperti itu! aku hanyalah teman mendengar bicara syahmi -Happy Birthday Syahmi!!.. waktu umar ngan adam tengah tengok bourne ultimatum, fakhrul tengah tengok peta dunia, dan azam tengah nyenyak lena dibuai mimpi- gud luck untuk exam esok azam!, aku n syahmi duduk2 santai borak2 tentang sarapan pagi yang best kat Malaysia. Syahmi tak berhenti2 bercakap tentang keenakan dan kemurahan harga roti canai di Malaysia dan dia mula menyimpan impian untuk bukak sebuah kedai bercirikan bistro mamak di tengah2 bandaraya Moscow neh. Wah! satu impian yang amat bagus dan bervisi syahmi!!

Kitorang cuba panjangkan lagi perbualan, tapi la
gi dipanjangkan lagi membuatkan aku nak buat satu post lagi untuk blog aku yang tak seberapa neh! hahaha!!
lantas aku pun bukak lah laptop dan usha gambar2 yang ada dalam laptop aku.

Tapi aku rasa macam best la nak kongsi gambar neh ngan korang semua.. Lihat gelagat mereka! ape pandangan korang?? hurmmm...



ok. tu je kot aku rase nak tulis untuk kali ini. Semoga bisnes roti canai Syahmi di moscow menjadi sau kenyataan! Roti banjir satu!!


Tuesday, August 26, 2008

25.08.2008 -aku bersyukur!

Alhamdulillah!! Aku rase teramat gembira dan bersyukur sngat2 pada hari itu kerana:

-se
gala yang ditunggu2 tiba. (credit untuk abang DHL dan aunty pochta rassiya yang tetap berusaha bersungguh2 membaca nama aku dalam tulisan rumi~)
-s
egala yang dirasakan susah dipermudah.. (1503-1213). (tong, kalau ko bace tulisan ni, aku nak kau tau yang kitorang sume gembira dapat kenal ngan ko di tempat persinggahan kami dahulu.) (bro internet, walaupun lu merembat wang kami begitu banyak, tapi terima kasih kerana sudi hadir ke tempat persinggahan baru kami dan dengan hati yang terbuka memasang router internet. thanks bro!)

ok. dah habis dah.. boleh la sambung idup. bye!


first blood??!!

hah? apekebenda tibe2 first blood neh? bukan ke mende ni dah lame berkumandang di setiap warung2 internet diseluruh dunia? malah di setiap laptop para remaja? masih tertanya2? jom lah kite usha ape mende yang ade first blood yang macam gempak neh!

doTA!! -(menulis berdasarkan pemerhatian bukan atas pengalaman)

Defense of the Ancients (sering ditujukan sebagai DotA) merupakan suatu peta yang boleh diubah dalam permainan video Warcraft III: The Frozen Throne, berdasarkan peta "Aeon of Strife" dalam permainan Starcraft Blizzard.[1] Ia merupakan suatu permainan strategi tertumpu kepada pertumpuran pahlawan. Tujuannya adalah untuk memusnahkan pangkalan lawannya dengan menggunakan Pahlawan sendiri bersama pahlawan-pahlawan bersekutu dan pejuang-pejuang bersekutu AI lain bersama "creeps". Turut sama konsep permainan bermain peranan, pemain akan meninggikan tingkatan pahlawannya serta menggunakan emas untuk membeli kelengkapan dalam usaha untuk mengalahkan pasukan berlawanan..
(sumber: wikipedia.com)
.

ni lah die DOTA yang mane first blood tu lebih kurang macam gelaran yang dibagi kepada player yang dapat bunuh lawannya buat pertama kali. jika pencapaian player tu cemerlang dan dapat membunuh secara berterusan tanpa dibunuh, beliau akan terus menerima gelaran sehinggalah gelaran beyond godlike.

tak faham lagi? try lah~!


try lor pegi usha mane2 komputer riba kawan2 yang ade DOTA.tapi ingat la nak basuh baju atau buat hwork dulu yeh kawan2!! ogeyh bye!







Sunday, August 24, 2008

biase la tu terkenang kenangan2 lama...

hah? baru pukul 10 malam. ape nak buat? mata masih terang melihat. masa bergerak taklah cepat sngat tapi badan tetap kaku di satu tempat-depan laptop. oh. tiba2 terlihat, gambar2 yang buat aku ingat-28 jun 2008. hari keramat? 26 jam masa perjalanan? tak lah lama sangat.

28 jun 2008-duh. hari yang taklah emo sangat tapi hari yang tak sesempoi biase. oh meninggalkan keluarga dan malaysia!! satu tujuan- perkembangan bidang aviasi negara.

nah. tgk la gambar skit2 sepanjang hari itu dan sehari berikutnya. kuala lumpur >>frankfurt>>moscow









Ucapan berbanyak2 terima kasih kepada:Keluarga ku yang sentiasa diingati dan dirindui, saudara mara yang datang dari jauh dan dekat, dan semua sahabat handai.

terima kasih MARA! aku akan belajar bersungguh2!!





selamat datang ke blog.. (kata umar dan fakhrull)

'wey, bile nak buat blog wey' 'buat la wey'. antara kata2 yang sering membelenggu hidup aku sejak beberapa minggu yang lepas. sejak dari kali pertama kata2 itu diajukan aku terus berfikir. nak tulis ape ha dalam blog aku nanti. nak tulis tentang masalah bangsa, tak tercapai pulak akal ni nak memikirkan masalah bangsa yang sememangnye masih belum nampak dimana penghujungnya.


ok takpe. ti
do dulu . dah 2 minggu berlalu dan bila bangun pagi ni perasaan ku rasa semacam saja. oh rupa2 nya teman tapi mesraku saudara hafiz bersama 3 lagi rakan2 akan berangkat ke petersburg hari ni! tapi malangnya beliau dan rakan2 telah bertolak ke lapangan terbang sebaik sahaja aku selesai menjamah spagetti resipi azam. maafkan aku hafiz! ak nak ucap kepada kau selamat berjuang di bumi peters! semoga kita berjumpa lagi bila2 masa akan datang yea!












saudara hafiz (berbaju hitam)


hurmm. 3.40 ptg (wktu tempatan). apa nak buat ni? perasaan bosan menyelubungi diri. mungkin tiba masa untuk aku menulis blog. tentang apa? kehidupan saya ok kot.
nah. ni lah dia blog aku. selamat membaca!