Saturday, August 30, 2008

Perpaduan Teras Kejayaan

Salam Mesra, Salam Muhibbah, Salam Perpaduan!!

31.08.2008! Oh hari ni kalau aku kat rumah mesti tengah tengok konsert petronas KLCC kat astro ria.. Tapi kat sini aku tak dapat melakukan apa yang aku biasa lakukan setiap tahun menjelang malam merdeka. Oh tak la best sngat kot.

Ape yang aku buat sepanjang hari ni adalah top up internet (mende yang membuatkan aku terus dapat berblogging), membeli barang2 dapur (penting jugak! puase da nak dekat!, sekola pun da nak start!!). Ketika sedang leka mencari2 sos tiram di bahagian sos, aku disapa oleh seorang warganegara Malaysia tadi! Oh terujanyaaa!! Serba sedikit tentang beliau: sudah 4 tahun kat sini, salah seorang ahli dalam penyelidikan sukhoi yang Malaysia beli, baru je balik dari melancong dan terus singgah kat kedai tu, dah kawin dan ade seorang anak, turut akan beraya di sini juga dan satu kata2 dia yang menaikkan semangat aku, azam dan umar bila mendengarnya ialah :

"Kitorang da nak balik dah.Korang la pulak yang akan sambung!"

Terima kasih aunty! Walaupun kata2 tu mungkin agak sempoi bagi orang lain. Tapi bagi aku ianya memberi satu impak yang agak mendalam dalam lubuk jiwa sanubari aku! Oh! Doakan kejayaan kami semua!!! Salam 51!


P/S-Hari ni jalan raya di Moscow teramat lah sesak gile! adoiyai!









1 comment:

aZeeQ aka HaN's said...

hoho..
xpe2..puasa lg penting shaz..

haha
kau ape khabar di perantauan..?