Thursday, April 30, 2009

The Motherland Calls

Volgograd. Satu nama tempat yang pada mula mulanya aku rasa macam lebih baik makan nasik dari pergi sana. Hari ni genap 5 hari aku tinggalkan bumi Volgograd dengan macam2 kenangan dan pengalaman. Tanggal 26 april yang lepas tamatlah Volgogames 2009 yang mana telah di mulakan pada 24 april. Seperti biasa, tuan rumah pasti akan mendahului tangga teratas senarai kutipan pingat. Tapi kan, setinggi2 tahniah diucapkan kepada kontinjen MAI yang berjaya menduduki tempat ke 5 dalam senarai kutipan pingat dari 6 universiti yang hadir menyertai temasya itu. Tahun depan cuba lagi. Yeah!

Perjalanan naik bas yang memakan masa selama 16 jam dari Moscow ke Volgograd ternyata tak menjadi halangan kerana aku dan (aku rasa semua pun) mesti dapat sesuatu yang baru dekat Bandar Volgograd yang ada statue semegah statue of liberty kat US tu. aha.

Apa yang aku suka sangat pasal temasaya ni ialah segala hiruk pikuk keserabutan kekacauan di Moscow dilupakan sepenuhnya! Itu aku paling suka sangat! Apa lagi yea tentang Volgo? Oh yeah. Pertemuan dengan rakan2 lama dan baru juga merupakan sesuatu yang menarik untuk aku kongsikan kat sini. Alhamdulillah, sepanjang di Volgo, ukhuwah yang terjalin sesama pelajar dapat dilihat dan dapat dirapatkan hubungan sesama pelajar. Tidak kira sama ada dia pelajar dari Kursk, Nizhny Novgorad, Volgograd ataupun Moscow. Semua hadir kesana di bawah satu nama. 'Warganegara Malaysia'.

Aku rasa setakat ni dulu la aku bercerita tentang Volgograd. Tiada apa pun sebenarnya nak dikatakan. Sekadar nak update blog dan tambah post je. haha.

Sekian.



Wednesday, April 15, 2009

Sehari Selangkah Ke Hadapan. Boleh kan?

Ketika entry ini dikarang, penulis berada dalam keadaan kekecewaan dan teruji dengan sistem pendidikan di Russia ini. Namun ini mungkin sebahagian dari ujian untuk mematangkan aku dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Insya Allah.
''Allah menguji seseorang itu kerana Dia pasti or
ang itu dapat menanggung ujian itu''

Hari ni aku melayari laman web dan busy berfacebooking, aku tertarik dengan comment sorang kawan aku ni. Renungkan bersama!


''dota=rekreasi minda..
tp..bila dota dah jd perkara no. satu dalam hidup..Allah no.brape?
kalau men"dota"kan diri lg lama dr mengHAMBAkan diri.....
kita ni jd HAMBA siapa??
so..biarlah dota sekadar rekreasi minda..
bukan perkara yg lebih atas drpd Allah...''

Okay chow. Usaha nak menghabiskan kerja engineering drawing harus dimulakan.
Bye!




Saturday, April 11, 2009

Tidur yang cukup menjamin kesihatan tubuh badan.

Selamat Siang! Oh yeah. Kali ni aku tulis blog di siang hari. Sangat bosan la hari sabtu ni. Haih. Takde wayang english ke kat russia nih. Haih. Oh yeah. Nak tulis ape yeah entry kali ni. Tak tau nak letak apa. Copy n paste apa yang Ummi aku email kan pada aku sajalah yea. Mari baca dan fikir fikirkan bersama yea. Bukan nak bajet bagus ke apa. Kata blogging. Bebas kan nak tulis apa2. Dah. Jom baca.


1) Should you find something on your dinner plate that doesn't appeal to you,
don't complain
There are people who don't have anything on their plate
2) Should you find yourself stuck in traffic,
don't despair
There are people in this world for whom driving is an unheard privilege
3) Should you have a bad day at work ,
Think of the man who has been out of work for years
4) Should you despair over a relationship gone bad,
Think of the person who has never known what it's like to love and be loved in return
5) Should you grieve the passing of another weekend,
Think of the woman in dire straits,
working twelve hours a day, seven days a week to feed her children
6) Should your car breakdown, leaving you miles away from assistance,
Think of the paraplegic who would love the opportunity to take that walk
7) Should you notice a new gray hair in the mirror
Think of the cancer patient in chemo who wishes she had hair to examine
8) Should you find yourself at a loss and pondering what is life all about,
asking what is my purpose?
Be thankful. There are those who didn't live long enough to get the opportunity.
9) Should you find yourself the victim of other people's bitterness, ignorance,
smallness or insecurities
Remember, things could be worse. You could be them.

*Sekadar untuk renungan kita bersama. Yeah.
Eh. Gambar dah boleh upload. Penguploadan gambar tanda penghargaan untuk sahabat.









Okayh. Cukup dah kot untuk kali ni. Bye!

Friday, April 10, 2009

Terlambat

Hey! Gila letih bangat hari ni. Dah pukul 2.45pg pun. Again. Insomnia masih menghantui diri aku.
Oleh itu, aku hadir ke sini untuk berkongsi lagi.
Malas nak baca? Blah. Jangan banyak cerita. Haha.

Hari ni genap usia aku 19 tahun 12 hari. Ape kene dengan 19 tahun? Inilah first time aku sambut birthday jauh dari family. Sambut kat bandar Moscow yang tak seberapa ni.
Ops! Moscow memang tak seberapa, tapi sangat bersyukur aku ada kawan2 yang memang lebih dari apa2! =)

Hurm. Aku amek kesempatan dan ruang yang ade kat blog aku ni untuk ucapkan TERIMA KASIH banyak2 tak terhingga pada semua kawan2 yang ingat (yang tak ingat pun takpe. haha) birthday aku ni! Rasa terharu dan gembira weh ada kawan2 macam kau orang semua.

Specials Thanks untuk:
1. Kanak2 group 01-121 (Arif, Dinie, Lah, Said, Lie, Aizat, Alia, Asnyra, Fynaz & Si Kecil)
2. Kanak2 istimewa (Kak Ayu, Aini, Aina, Ika)

Ape masalah tak boleh upload gambar ni?
Lain kali je la kot tengok gambar.
Ni je kot aku nak tulis untuk entry kali ni.
Terima kasih sekali lagi!
Tahun depan buat lagi okayh. lol. Haha







Monday, April 6, 2009

Insomnia. Bukan sesuatu yang mudah untuk diatasi.

Sekarang 2.29 pagi waktu tempatan. Dan aku masih belum boleh tidur.
Kenapa ya? Dan aku pun tak tahu kenapa tiba tiba tergerak untuk mengepost entri ni.
Mungkin aku perlu ingat kembali apa tujuan aku menulis blog ni dan kembali menulis dan berkongsi (itu pun kalau ade orang nak kongsi la. haha)?

Oh ya. Sudah 19 tahun rupanya umur aku. Sekejap sahaja masa berlalu. Rasa rasanya macam baru je aku ambik result spm minggu lepas. Jauh dah rupanya aku berjalan. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah, untuk semua pengalaman ini. Semua cabaran dan halangan ini membuatkan aku lebih matang mengharungi hari2 mendatan
g.

Aku rasa setakat ni saja dulu entri aku kali ini. Rasa macam nak upload gambar birthday aku. haha. Mungkin nanti.

*mard, cepat update weh*-umar zakir.

Okey, bye! Selamat Malam Dunia!