Thursday, April 30, 2009

The Motherland Calls

Volgograd. Satu nama tempat yang pada mula mulanya aku rasa macam lebih baik makan nasik dari pergi sana. Hari ni genap 5 hari aku tinggalkan bumi Volgograd dengan macam2 kenangan dan pengalaman. Tanggal 26 april yang lepas tamatlah Volgogames 2009 yang mana telah di mulakan pada 24 april. Seperti biasa, tuan rumah pasti akan mendahului tangga teratas senarai kutipan pingat. Tapi kan, setinggi2 tahniah diucapkan kepada kontinjen MAI yang berjaya menduduki tempat ke 5 dalam senarai kutipan pingat dari 6 universiti yang hadir menyertai temasya itu. Tahun depan cuba lagi. Yeah!

Perjalanan naik bas yang memakan masa selama 16 jam dari Moscow ke Volgograd ternyata tak menjadi halangan kerana aku dan (aku rasa semua pun) mesti dapat sesuatu yang baru dekat Bandar Volgograd yang ada statue semegah statue of liberty kat US tu. aha.

Apa yang aku suka sangat pasal temasaya ni ialah segala hiruk pikuk keserabutan kekacauan di Moscow dilupakan sepenuhnya! Itu aku paling suka sangat! Apa lagi yea tentang Volgo? Oh yeah. Pertemuan dengan rakan2 lama dan baru juga merupakan sesuatu yang menarik untuk aku kongsikan kat sini. Alhamdulillah, sepanjang di Volgo, ukhuwah yang terjalin sesama pelajar dapat dilihat dan dapat dirapatkan hubungan sesama pelajar. Tidak kira sama ada dia pelajar dari Kursk, Nizhny Novgorad, Volgograd ataupun Moscow. Semua hadir kesana di bawah satu nama. 'Warganegara Malaysia'.

Aku rasa setakat ni dulu la aku bercerita tentang Volgograd. Tiada apa pun sebenarnya nak dikatakan. Sekadar nak update blog dan tambah post je. haha.

Sekian.



No comments: