Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan Bulan Keberkatan

Marhaban Ya Ramadhan. Selamat Datang Ramadhan!

Alhamdulillah. Selesai sudah hari pertama berpuasa di perantauan. Nampaknya semuanya seperti biasa dan ibadah dapat dijalankan dengan sempurna. Oh ya, sebelum tu aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam di seluruh pelusuk dunia. Semoga ibadah puasa dapat dijalankan dengan baiknya dan mendapat keberkatan sepanjang bulan yang mulia ini.

Renung Sebentar:
1.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Umatku talah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya : " Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu. Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini ) akan diampunkan.Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya : "Wahai Pesuruh Allah adakah itu malam Lailatul Qadr?" Dijawab oleh Rasulullah SAW "Tidak tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya"

2."Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur.""

.Wallahuallam.

Baiklah. Sekarang mari kita melihat apa lagi yang ada pada 1 september.
1 september. Wah! aku rasa hari ini harus diingati sekejap dalam diari idup aku. KE
NAPA?!
Sebab hari ni barulah aku menjadi seorang pelajar universiti. Pelajar Moscow Aviatio
n Institute. Selepas hampir 2 tahun bersantai2 selepas tamat SPM. Dan hari ni juga lah bermulalah perjalanan 5.5 tahun aku menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar tajaan biasiswa. Dan hari ini juga lah bermulanya satu sistem baru yang tak terbayang oleh aku selama ini.
Selangkah aku melangkah, biarlah sampai ke penghujungnya!

Sekian saja kali ini~

No comments: