Monday, September 29, 2008
'Salam Penuh Kerinduan dari kejauhan'
Ingatan tulus ikhlas dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang utama sekali khas buat keluargaku yang seperti biasa akan menyambut perayaan ini di Pekan, Pahang (semoga dapat raya di sana pada tahun2 akan datang! aha!) ayahanda dan bonda yang sentiasa dirindui, abang2 ku yang sentiasa diingati, kakak iparku, bakal kakak iparku, dan paling tidak dilupa kepada cucu kepada kedua orang tuaku, Nur Fatihah. Juga kepada Atok ku yang sempoi, Tok Ayah ku yang sentiasa memberikan semangat kepada aku. Mohon ampun maaf zahir dan batin, dalaman dan luaran. Aku disini sentiasa merindui dan menyayangi kalian semua disana. (emo lah!)
Ucapan Salam Aidilfitri juga untuk uncle2 dan aunty2 saye yang sangat memberi sokongan kepada saya, Ayah Chu, Ayah Yi, Pak Ngah dan yang lain2. Makan lemang dan rendang tu ingat2lah pada diriku yang jauh ini~ (maaf, ayat tipikal! hahaha).
Seterusnya ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk rakan dan sahabat2 yang jauh dan yang dekat. Tapi aku nak senaraikan sedikit nama2 yang tersemat dalam ingatan ku ini. Buat yang paling jauh sekali, sahabat aku, umar zakir, fakhrullah, azam, irfan,firdaus, syafiq, fahmi, syahmi, alfy, arif hong, iman, said, lie, azhar, zaim, muadz, squad sinar Moscow (jewo, haris), adam, hakim, arsyafiq,dinie ,amar, aizat, beggy, kerol, the peter's (saudara jimmy al hafiz, saudara pinkg, sharin), gadis2 RP3 (eypa, see-t, fynaz, asnyra, jan, assila, aliya, nellylulu, iklil), rakan2 senior yang sentiasa menghiburkan. Paling utama untuk rakan2 seperjuangan yang mengenali saye di MRSM Kuantan, dan SM. Pandan Jaya. Selamat beraya sahabat2!
Tidak dilupakan juga ucapan salam aidilfitri ini ditujukan kepada guru2 yang banyak berjasa mendidik dan mengajar saya. Terima kasih cikgu! Alhamdulillah. Dapat juga merasa beraya di embassy. Ahaks! Sekian saja dulu kot ucapan. Kepada yang tak tersenarai tu aku minta maaf sangat2. Tapi janganla marah2 aku kerana korang tetap dalam kotak minda aku. Mungkin aku terlupa sedikit kot. Mohon maaf zahiriah dan batiniyah!
Selamat Tinggal Ramadhan
Tuesday, September 23, 2008
Berat
Oh! hari selasa!
langkah terasa BERAT
mata terasa BERAT
tanggungjawab semakin BERAT
tugasan semakin BERAT
oh! nasib baik berat badan TAK semakin BERAT.. hahaha!!
Monday, September 22, 2008
Friday, September 19, 2008
SEPULUH
Tuesday, September 16, 2008
Pertengahan Ramadhan
Kepada Nooroy De Roba , nak tau kisah kehidupan berpuasa disini? Oh, tak perlu kot! aha! sebab biase saje lah berpuasa disini. Mungkin juga kerana komuniti kami yang masih kurang lagi.
Satu je kot yang best. Berbuka di embassy! Oh, begitu sedap lah makanan2 yang dihidangkan disitu. Alhamdulillah. Dapat aku minum air sirap citarasa Malaysia yang dah lame aku idam idam kan. Best!
Oh tidak lah pula ada gambar2 ku yang terbaru untuk dikongsikan disini. Gambar untuk Salam Perantau yang entah bila nak di tayangkan di dada dada akhbar utama pun tak seberapa, apatah lagi gambar semasa menyambut ramadhan. aha!
Tapi untuk pengetahuan semua walaupun komuniti kitorang masih sedikit, namun aktiviti2 malam ramadhan tetap meriah. Solat Terawih berjemaah dan Jamuan Moreh semestinya ada dilakukan disini!
Oh tak boleh lame2 lah. Tangan dah macam kebas. Subhanallah! Sejuk rupanya Russia neh! uh~
Salam Ramadhan!
(14 hari lagi)
Saturday, September 6, 2008
Juadah Berbuka Puasa
Lame giler aku tak meluahkan perasaan aku kat sini.
Sedar tak sedar dah 5 hari ramadhan berlalu. Pantasnya masa berterbangan.
Dan dah 5 hari gak aku berada dalam sistem pembelajaran Russia yang memang betul2 memerlukan jiwa yang kental dan semangat yang tegar untuk seseorang warga asing berada di dalamnya!
Sempena Ramadhan yang mulia ini apa kata kita usha tentang saat2 yang ditunggu2 ketika manusia berpuasa. Waktu berbuka!
Dekat page Fakhrul ade tips2 kat bawah neh. Lantas aku men'copy & paste' kannya kat sini.
1. Berbuka dengan membaca doa.
2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2
biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.
3. Bolehlah makan nasi & "noodles"
Nasi "Noodles"
Nasi putih Mee/ Bihun} Berkuah/ Sup
Nasi ulam Koayteow }
Nasi kerabu
4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
7. Berhenti makan sebelum kenyang.
8. Lebihkan minum air.
9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.
10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan
adalah seperti berikut:
Nasi putih Oats/ Nestum
Roti/ Ban Buah-buahan/ Kurma
Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.
Disediakan oleh Klinik Kaunseling Obesiti Pusat Kesihatan, Program kampus Sejahtera
Oh sedar tak sedar lagi 5 jam nak berbuka lah! Ape yang best untuk dimakan ketika berbuka puasa ha hari neh?
oh! lagi beberapa jam je akan masuk waktu fardhu maghrib! aku nak tolong tengok azam goreng nasi jap. selamat berbuka puasa semua! jangan lupa doa berbuka puasa! (tak hafal?).
ogeyh, chiow~!
Tuesday, September 2, 2008
Ramadhan Bulan Keberkatan
Alhamdulillah. Selesai sudah hari pertama berpuasa di perantauan. Nampaknya semuanya seperti biasa dan ibadah dapat dijalankan dengan sempurna. Oh ya, sebelum tu aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat islam di seluruh pelusuk dunia. Semoga ibadah puasa dapat dijalankan dengan baiknya dan mendapat keberkatan sepanjang bulan yang mulia ini.
Renung Sebentar:
1.Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Umatku talah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya : " Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu. Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini ) akan diampunkan.Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya : "Wahai Pesuruh Allah adakah itu malam Lailatul Qadr?" Dijawab oleh Rasulullah SAW "Tidak tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya"
2."Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."".Wallahuallam.
Baiklah. Sekarang mari kita melihat apa lagi yang ada pada 1 september.
1 september. Wah! aku rasa hari ini harus diingati sekejap dalam diari idup aku. KENAPA?!
Sebab hari ni barulah aku menjadi seorang pelajar universiti. Pelajar Moscow Aviation Institute. Selepas hampir 2 tahun bersantai2 selepas tamat SPM. Dan hari ni juga lah bermulalah perjalanan 5.5 tahun aku menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar tajaan biasiswa. Dan hari ini juga lah bermulanya satu sistem baru yang tak terbayang oleh aku selama ini.
Selangkah aku melangkah, biarlah sampai ke penghujungnya!
Sekian saja kali ini~